ALOR SETAR: Kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon turut diadakan solat sunat Hari Raya Aidiladha pagi tadi.
Solat sunat AidilAdha diadakan di surau kediaman terbabit. Turut hadir masyarakat setempat dan kakitangan Pejabat Menteri Besar.
Khutbah Hari Raya disampaikan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor.
“Saya berharap umat Islam khususnya di Kedah merayakan Aidiladha kali ini dengan sama-sama menjaga SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya ketika menyampaikan khutbah Hari Raya.
Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada petugas hadapan (frontliners) yang berkorban demi keselamatan orang lain menangani wabak Covid-19.
Solat sunat Aiduladha diimamkan Pegawai Khas Menteri Besar, Mohamad Yusuf Ahmad. Khutbah yang disampaikan menteri Besar bertajuk ‘Pengorbanan dalam pengorbanan’ disediakan Jakim.
Di majlis lain Sanusi turut menyampaikan sumbangan daging korban kepada kakitangan Pejabat Menteri Besar dan masyarakat setempat yang hadir.- HARAKAHDAILY 31/7/2020