Patuhi SOP sambut Aidiladha

- Advertisement -

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan diingat patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menyambut Hari Raya Aidiladha esok bagi mengekang penularan Covid-19.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, walaupun ada kelonggaran ketika sambutan Aidiladha, rakyat perlu ikuti arahan yang dikeluarkan kerajaan.

Menurutnya, jamuan Aidiladha tidak boleh diadakan tahun ini.

“Jamuan untuk keluarga terdekat di rumah juga dihadkan dengan mengikut SOP seperti penjarakan sosial dan sentiasa membasuh tangan,” ujarnya selepas majlis penyerahan lemang sempena Hari Raya Aidiladha di sini semalam.

Program berkenaan anjuran Kelab Wartawan Darulnaim (Kemudi) dengan kerjasama Pertubuhan Ummah Prihatin Kota Bharu diadakan di Dataran Ummah Kampung Sri Pengget, Dewan Beta.

Sebanyak 2,000 lemang disediakan bersama rendang untuk diserah kepada penduduk miskin termasuk rakan media yang bernaung di bawah Kemudi.

Beliau berkata, begitu juga urusan penyembelihan korban juga perlu mengikut SOP.

“Kehadiran mereka yang terlibat tidak lebih dari 20 orang pada satu masa dan 10 ekor lembu dibenarkan pada satu tempat.

“Kita kena faham, apa yang kerajaan lakukan ini adalah untuk kebaikan semua pihak,”ujarnya.

Tambahnya, apa lagi sejak akhir-akhir ini menunjukkan ada peningkatan kes Covid-19 di tanah air.- HARAKAHDAILY 30/7/2020

- Advertisement -