Vaksin COVID-19: MOSTI jalin kolaborasi

covid
- Advertisement -

DALAM usaha membantu pembangunan vaksin COVID-19, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memulakan langkah dengan menjalinkan science diplomacy dan kolaborasi strategik bersama negara-negara yang berupaya menghasilkan vaksin. Pada 21 April 2020, kluster kolaborasi antara MOSTI – Kementerian Kesihatan (KKM) – Kementerian Luar Negeri (KLN) ditubuhkan untuk meneroka peluang antara Malaysia dan negara-negara lain untuk menjalin kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin dan ubat-ubatan COVID-19.

MOSTI juga telah mengambil inisiatif untuk terlibat dalam pertubuhan Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI). Penyertaan Malaysia sebagai ahli CEPI membolehkan Malaysia mendapat akses kepada pembangunan vaksin, pemindahan teknologi dan kepakaran baharu kepada penyelidik tempatan. Malaysia telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan pihak United Kingdom dalam penyelidikan berkaitan dan bersedia untuk Ujian Klinikal Fasa-3 dijalankan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, pihak Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur telah memaklumkan bahawa Imperial College London telah memulakan Ujian Klinikal Fasa-1 bagi saRNA (small activating RNA) vaksin COVID-19. Turut dimaklumkan bahawa terdapat potensi bagi Malaysia melalui MOSTI untuk menjalankan kolaborasi strategik bersama pihak Imperial College London bagi Ujian Klinikal Fasa-3 vaksin COVID-19.

- Advertisement -

National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) yang merupakan salah satu agensi di bawah MOSTI sedang bekerjasama dengan University of Sichuan, China bagi meneroka bidang kerjasama penghasilan vaksin COVID-19. NIBM juga telah berhubung dengan negara dan syarikat-syarikat pengeluar vaksin seperti India, Cuba, Russia dan lain-lain negara bagi menjalinkan kerjasama dan akses kepada pembangunan vaksin. Perkara ini adalah satu peluang yang amat baik bagi Malaysia menerusi MOSTI untuk mengadakan kolaborasi strategik bersama negara lain bagi R&D vaksin COVID-19. Hasrat ini juga adalah selaras dengan matlamat Malaysia untuk memperoleh capaian kemudahan vaksin COVID-19 melalui hubungan diplomasi sains.

Malaysia pada masa kini dalam usaha untuk melengkapkan ekosistem pembangunan vaksin. Pembangunan vaksin ini akan mengambil masa dan memerlukan perancangan serta kajian yang teliti. Justeru, bagi mempercepatkan penghasilan vaksin, institut penyelidikan dan syarikat farmaseutikal tempatan bekerjasama dengan badan kawal selia perubatan dan penyelidik seluruh dunia dalam menghasilkan vaksin memandangkan tiada vaksin dan rawatan khusus untuk COVID-19 pada masa ini.

Dengan sumber dan kepakaran yang terhad, kolaborasi strategik di antara kementerian, agensi-agensi yang terlibat dan pihak swasta sedang dilaksanakan untuk penyelidikan dan pembangunan vaksin COVID- 19. Malaysia kini dalam perbincangan dengan negara-negara yang aktif seperti USA, China dan Thailand membangunkan vaksin tersebut melalui institut penyelidikan dan syarikat farmaseutikal seperti NIBM, Tropical Infectious Diseases Research and Education Centre (TIDREC) dan Clincal Research Malaysia (CRM).

Pembangunan vaksin COVID-19 bukan hanya melibatkan penghasilan vaksin semata-mata. Ianya bermula dengan memahami bahan genetik virus SARS CoV-2 itu sendiri yang terdiri daripada rantaian asid Ribonukleik (Ribonucleic Acid atau RNA). Selain daripada itu, penglibatan pemain industri tempatan juga sedang dilaksanakan seperti menggunakan pendekatan pengeluaran vaksin pada peringkat fill and finish dengan pengeluar vaksin COVID-19 apabila ia dilaksanakan kelak.

Kerajaan turut membangunkan Jawatankuasa Pembangunan Teknologi di mana salah satu kumpulan pakar yang dikenalpasti adalah Kumpulan Pakar Vaksin. Kumpulan ini akan mengumpulkan pakar-pakar bidang berkaitan vaksin yang terdiri daripada wakil Kementerian atau Jabatan atau Agensi, akademia dan industri. Antara peranan utama kumpulan pakar ini adalah untuk mengenalpasti dan membentuk strategi negara dalam pembangunan vaksin bagi pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat ke arah menuju…

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – HARAKAHDAILY 29/7/2020

- Advertisement -