Muslimat usaha dekati masyarakat bukan-Islam

- Advertisement -

SUNGAI SIPUT: Dewan Muslimat PAS Kawasan Sungai Siput, dengan Kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Perak telah mengadakan Ziarah Mahabbah menyantuni keluarga muallaf dan keluarga kaum India di sekitar FELDA Lasah, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Ziarah ini turut dihadiri oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Perak, Ustaz Azmi Murad dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat PAS Perak, Norhanim Mohd Zain serta Timbalan Yang DiPertua PAS Sungai Siput, Hairai Mat Ibrahim.

Ketua Muslimat PAS Sungai Siput, Mastura Mohd Radzi berkata, program ini dijayakan pihaknya untuk mendekati dan menyantuni masyarakat bukan Islam disamping memperkenalkan pimpinan PAS Sungai Siput kepada mereka.

Antara yang diziarahi pada program ziarah mahabbah pada kali ini ialah Rosnani Abdullah @ Yang Har Mooi, 77, seorang ibu tunggal yang telah memeluk Islam sekitar 50 tahun yang lalu di mana beliau kini tinggal bersendirian di rumahnya.

Dalam lawatan itu, sumbangan berupa keperluan barangan makanan asas harian turut diserahkan kepada keluarga daripada penduduk setepat berbangsa India yang telah terpilih untuk menjayakan program ziarah mahabbah ini.

“Alhamdulillah di peringkat Dewan Muslimat, (kita) memang selalu mengadakan program-program ziarah mahabbah seperti ini. Namun usaha mendekati golongan bukan-Islam ini pastinya akan dipertingkatkn lagi dari semasa ke semasa,” jelas Mastura.

Terdahulu, Ustaz Azmi menyifatkan inisitif itu menggambarkan suasana keharmonian pelbagai kaum di Malaysia dan berharap agar program seperti ini diteruskan secara konsisten. – HARAKAHDAILY 29/7/2020

- Advertisement -