Konsep baharu ganti agihan daging korban

- Advertisement -

RAUB: Muslimat PAS Kawasan Raub telah menggerakkan inisiatif luar kebiasaan sempena ketibaan Aidil Adha kali ini yang terpaksa disambut secara terbatas di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

- Advertisement -

Sehubungan itu, sebagai ganti agihan daging yang diberikan kepada para asnaf setiap kali ibadah korban, kali ini dilaksanakan sumbangan menerusi konsep membeli dan menyumbang berupa pemberian ayam.

Bendahari Muslimat PAS Raub, Dr Ruzana Hanan memaklumkan, sebanyak 150 ekor ayam disasarkan sebagai perolehan infak dari penyumbang dengan tawaran harga RM20 seekor untuk diberikan kepada penerima.

Kempen ini berjaya dicapai dalam hanya seminggu dan pihak Muslimat PAS Raub akan menggerakkan agihan kepada para asnaf penerima yang telah disenaraikan mulai hari ini dan esok dengan berkunjung ke kediaman mereka.

Ketua Muslimat PAS Raub, Habidah Salleh berkata, cara ini juga menjadi salah satu kecaknaan pihaknya membantu meringankan beban golongan terkesan PKPP, namun terus memeriahkan Hari Raya Korban. – HARAKAHDAILY 29/7/2020

- Advertisement -