Guru PASTI adalah Duta penggerak agenda PAS

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Guru-guru PASTI Ar-Rasyidin telah mengadakan ziarah kepada ibu-ibu para pelajar dan bekas pelajar institusi ini yang baharu melahirkan bayi di sekitar Taman Dato’ Rasyid Salleh (TDRS), di sini kelmarin.

- Advertisement -

Rutin berkala ini menjadikan para guru PASTI sebagai Duta PAS dalam membina kelangsungan hubungan dan menzahirkan keprihatinan kepada waris untuk sentiasa bersama institusi ini, sekali gus menjadi misi dakwah.

Bahkan ziarah yang tidak terfokus hanya kepada ibu bapa para pelajar dan bekas pelajar PASTI, tetapi juga warga setempat ini juga turut cakna dan mengambil maklum perkembangan semasa masyarakat di sini.

Kesempatan bertemu para ibu yang baharu melahirkan bayi bukan sahaja menambahkan keceriaan menerima tambahan ahli keluarga, tetapi guru-guru ini turut menitipkan alunan Asmaul Husna untuk diamalkan dalam penjagaan bayi.

ADUN Beserah, Andansura Rabu selaku juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang mengakui peranan PASTI sebagai institusi masyarakat yang semakin diterima di mana para guru adalah penggerak utama dalam menyebar dan menyampaikan agenda parti.

First thing, memang keberadaan PASTI dalam masyarakat memang mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Yang pertama memberi alternatif kepada masyarakat untuk memberikan pendidikan pra-persekolahan yang berteraskan Islam, Al-quran dan sunnah.

“Disamping itu juga, yang keduanya pentingnya PASTI untuk membawa masyarakat kepada kebaikan bukan sahaja untuk anak-anak tapi bawa sekali masyarakat, ibu bapa mereka yang berada di situ peri pentingnya memberikan pendidikan yang berteraskan Islam kepada anak-anak.

“Yang ketiganya PASTI juga akan menjadi institusi yang dilihat mampu mencorak dan mengubah masyarakat setempat. Mana-mana tempat yang ada PASTI, selalunya akan menjadi pusat atau centre kepada aktiviti setempat atau kemasyarakatan khasnya untuk kaum ibu dalam pertemuan mingguan, bulanan seperti perjumpaan, usrah, termasuklah program mengunjungi ibubapa seperti ini,” ujarnya.

Turut sama dalam ziarah kali ini adalah Timbalan Ketua Muslimat PAS TDRS, Suhaini Suhaimi. – HARAKAHDAILY 29/7/2020

- Advertisement -