Covid-19: 13 kes positif hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak lima kes sudah sembuh dari jangkitan Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,612 daripada keseluruhan kes.

- Advertisement -

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 13 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,956 keseluruhan kes. 

“Daripada 13 kes tersebut, lima kes merupakan penularan tempatan yang melibatkan tiga kes adalah warganegara Malaysia dan dua kes adalah bukan dari warganegara.

“Lapan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan yang melibatkan tiga kes merupakan warganegara Malaysia dan lima kes adalah bukan dari warganegara,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Demikian itu, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 220 kes.

Hingga kini, dua kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)dan satu kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 124 atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.- HARAKAHDAILY 29/7/2020

- Advertisement -