Agensi kerajaan sumbang lembu korban

- Advertisement -



ALOR SETAR: Sebanyak 218 lembu disumbang agensi-agensi kerajaan negeri untuk diagih kepada institusi agama, masjid, surau dan NGO bagi melaksanakan ibadat korban sempena Hari Raya Aidiladha ini.

Lembu terbabit disumbang Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Yayasan Islam Kedah, Syarikat Air Darul Aman (SADA), Bina Darul Aman Berhad (BD), Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Negeri Kedah.

- Advertisement -

Selain itu, Kulim Technology Park Corp (KTPC), Menteri Besar Kedah Incorp (MBI), Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan THB Maintenance Sdn Bhd (THB).

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sumbangan itu diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi melaksanakan ibadah korban tahun ini.

“Semoga usaha itu dapat merealisasikan matlamat Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua yang dirasai segenap lapisan masyarakat sempena Hari Raya Korban,” katanya pada penyerahan kupon lembu korban di Seri Mentaloon di sini, semalam.

Menurutnya juga daging korban yang diagih kepada penduduk miskin memberi makna yang besar kepada mereka.

Kata beliau juga biarpun negara masih lagi dalam suasana kelembapan ekonomi akibat pandemik Covid-19, namun rakyat di Kedah masih mampu melaksanakan ibadah korban. – HARAKAHDAILY 29/7/2020

- Advertisement -