10 tahun menunggu akhirnya dapat geran tanah

- Advertisement -

BALING: Selepas 10 tahun menunggu akhirnya seramai 77 penduduk di tujuh mukim di daerah ini mendapat geran hak milik tanah.

Penduduk terbabit termasuk 14 orang dari mukim Baling, Bongor (3 orang), Kupang (8), Pulai (22), Siong (15), Teloi Kanan (32) dan Mukim Tawar (seorang).

- Advertisement -

Geran berkenaan disampaikan oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor pada program yang diadakan di Seri Baling Inn, hari ini.

Seorang penduduk Mohd Junaidi Mohd Basri ketika ditemui melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya memperoleh geran.

“Tanah terbabit diterokai tok wan saya, kemudian saya ambil daripada bapa saudara kemudian usahakan permohonan hak milik kepada Pejabat Daerah,” katanya, di sini.

Beliau mengusahakan tanaman kelapa sawit di atas tanah tersebut sebagai sumber pendapatan keluarganya.

Ibrahim Yusuf, 59 pula merasa sangat terharu kerana tanah yang diterokai arwah ayahnya kini menjadi miliknya secara sah. – HARAKAHDAILY 29/7/2020

- Advertisement -