PAS tidak pernah berhenti perjuang RUU355

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS tidak pernah berhenti memperjuangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 kerana itu merupakan cita-cita parti itu sejak sekian lama.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata bagaimanapun, buat masa ini keutamaan PAS adalah untuk memulihkan kembali keadaan ekonomi yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.

“Keutamaan hari ini adalah masalah ekonomi dan wabak COVID-19, itu yang perlu diselesaikan sekarang kerana ia kebimbangan yang paling utama. Lepas itu kita pergilah peringkat demi peringkat, bukan bermakna kita berhenti (perjuangkan RUU 355),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di perkarangan Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata PAS sanggup menunggu untuk satu tempoh masa yang lama bagi meminda perkara berkaitan rang undang-undang itu. – BERNAMA

- Advertisement -