PAS hormati keputusan mahkamah

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS sejak sekian lama menerima apa sahaja keputusan yang dibuat mahkamah selagi natijah tersebut dilakukan atas dasar kebenaran fakta serta keadilan semua pihak.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, PAS menghormati apa sahaja keputusan mahkamah dengan hujah yang dikemukakan.

- Advertisement -

“Jadi apa-apa yang dibuat oleh mahkamah kita terima, sejak dahulu lagi kita memang hormati keputusan mahkamah.

“Cuma kita harap sebarang keputusan mahkamah dibuat berasaskan kebenaran dan asas keadilan, itu yang paling penting kepada kita,” kata beliau di sini, hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bekas perdana menteri Dato’ Seri Najib Razak bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Keputusan itu dibaca Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. – HARAKAHDAILY 28/7/2020

- Advertisement -