Malaysia promosi ‘Sawit Anugerah Tuhan’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: ‘Sawit Anugerah Tuhan’ adalah slogan yang diuar-uarkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPKK) bagi mempromosikan sawit negara.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi I, Willie Mongin berkata, beliau percaya komoditi sawit ini boleh diperluaskan lagi di peringkat hiliran.

- Advertisement -

“Kita nak nilai tambah itu berlaku dalam negara kita, banyak daripada produk sawit kita khasnya Crude Palm Oil (CPO) ini kita eksport ke luar tetapi nilai tambahnya di peringkat downstream (hiliran) tidak berlaku dalam negara kita.

“Bayangkan kalau ini berlaku, kita boleh mencipta dan memberi peluang pekerjaan yang banyak.

“Negara kita juga boleh perolehi pendapatan lumayan dalam sektor hiliran ini,” jelasnya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Willie Mongin (BERSATU – Puncak Borneo) berkata demikian untuk menjawap soalan Khoo Poay Tiong (DAP – Kota Melaka) berkenaan slogan ‘Sawit Anugerah Tuhan’ yang akan digunakan KPKK di peringkat antarabangsa khususnya bagi memerangi kempen anti kelapa sawit.

Beliau menambah, di samping itu kerajaan tekun untuk mencipta satu slogan baru bagi mempromosikan komoditi sawit negara bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara. – HARAKAHDAILY 28/7/2020

- Advertisement -