RM150,000 bantu hotel di Kelantan pasca PKP

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan berusaha menyemarakkan lagi industri perhotelan di negeri itu pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, program akan bermula Ogos ini.

- Advertisement -

Katanya kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM150,000 sebagai insentif kepada pengiat industri berkenaan.

“Kita bagi 100 tetamu yang pertama datang ke hotel mulai Ogos ini, kita beri dalam bentuk voucher sebanyak RM30.

“Sebanyak 50 hotel dipilih bagi melaksanakan program itu di mana sebanyak RM3,000 diberi kepada setiap hotel terbabit,” katanya selepas merasmikan program disinfeksi di premis penginapan pelancongan di Hotel Perdana di sini hari ini.

Md Anizam juga berkata, bantuan dalam bentuk voucher disediakan kerajaan negeri bagi merancakkan lagi sektor pelancongan selepas PKP.- HARAKAHDAILY 27/7/2020

- Advertisement -