Menara kaca pamer keunikan Alor Setar

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menara kaca ‘Star View’ di Menara Alor Setar dijangka mampu menarik lebih 200,000 pengunjung terutamanya mereka yang inginkan suasana mencabar.

Menara kaca setinggi 105 meter dari aras laut mampu mempamerkan keindahan panorama bandaraya Alor Setar termasuk hamparan sawah padi.

- Advertisement -

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, menara tersebut merupakan yang kedua tertinggi di Malaysia dan salah satu produk pelancongan di Kedah.

Katanya, pemandangan dari menara sangat unik dan cantik terutama ketika sawah padi menguning dan keindahan Gunung Keriang dan Gunung Jerai.

“Pelancong boleh melihat pemandangan begitu yang tidak ada di negeri-negeri lain. Dunia sekarang sudah moden, kalau hendak tengok pemandangan tidak perlu panjat pokok lagi.

“Bawa keluarga untuk rasa sendiri bagaimana ketika berada di platform kaca setinggi 105 meter sehingga Pulau Langkawi pun boleh nampak,” ujarnya pada sidang media sempena pelancarannya di Menara Setar, semalam.

Star View merupakan menara kaca bersaiz empat meter dari tebing terbuka dan mempunyai tiga lapisan kaca kukuh setebal 12.5 milimeter. – HARAKAHDAILY 27/7/2020

- Advertisement -