RM7.208 juta manfaatkan 394,687 penerima Food bank

- Advertisement -

TUMPAT: Kerajaan membelanjakan sejumlah RM7.208 juta untuk dimanfaatkan kepada 394,687 orang penerima menerusi program food bank.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Ahmad Marzuk Shaari berkata, peruntukan berkenaan disediakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang telah dilaksanakan sejak September tahun lalu.

- Advertisement -

Katanya lagi, pada tahun ini sahaja sejumlah RM3.44 juta telah digunakan untuk tujuan sama bagi membantu 157, 337 orang penerima.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan food bank kepada 338 buah keluarga di Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat Tumpat, dekat sini hari ini.

“Melalui Program Food Bank YaPEIM 2.0 dan Program Inspirasi Musaadah Covid-19, YaPEIM menyalurkan sumbangan berupa barangan keperluan asas (dry food).

“Pada masa yang sama kita juga turut menyediakan keperluan bersifat ready to eat (RTE) kepada keluarga miskin dan B40 termasuk menyantuni petugas barisan hadapan,”ujarnya. – HARAKAHDAILY 26/7/2020

- Advertisement -