Pemuda perlu ketahanan fizikal

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Program Hiking Tarbawi 2020 dianjurkan Dewan Pemuda PAS Pasir Puteh di Bukit Keluang, Besut semalam mendapat sambutan luar jangkaan.

- Advertisement -

Penyertaan hampir 215 peserta yang terdiri daripada Pemuda PAS Pasir Puteh, Jabatan Amal Pasir Puteh, ARC Kelantan, Angkatan Pertahanan Awam Pasir Puteh dan pendaki-pendaki lain turut mengambil bahagian pada program tersebut.

Perasmiannya disempurnakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato Dr Nik Zawawi Salleh. Hadir sama Ketua Pemuda PAS Pasir Suhaizi Kadir.

Menurut pengarah program Abu Husin Radzai, anak-anak muda perlu mempunyai kekuatan pentarbiahan bukan sahaja daripada aspek fikrah dan rohani sahaja, malah aspek jasmani mesti ditekankan.

“Kekuatan fizikal perlu bagi menghadapi cabaran semasa sekarang terutamanya ketika berdepan sesuatu bencana,” katanya pada program tersebut.

Kemuncak program berkenaan peserta melaungkan doa wehdah diketuai Abu Husin di puncak Bukit Keluang menandakan kesatuan dan kekuatan anak muda Pasir Puteh menempuh liku-liku perjuangan.

Program berkenaan berakhir pada jam 11 pagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang kempen “jupo sapoh kutip, jange tohok kokse” yang dicetuskan kerajaan Kelantan.- HARAKAHDAILY 26/7/2020

- Advertisement -