PAS Lumut ‘modified’ katil pesakit

- Advertisement -

LUMUT: PAS Kawasan Lumut melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) telah berjaya menyediakan katil khas untuk kegunaan para pesakit dalam Parlimen ini.

- Advertisement -

Idea ‘modified’ ini telah digerakkan sejak beberapa bulan lalu oleh LKK PAS Lumut menjadi usaha awal dengan membaiki dan  mengubahsuai katil yang telah rosak daripada Hospital Manjung.

Inisiatif ini diambil setelah menilai dan melihat melalui beberapa siri ziarah rumah ke rumah terdapat keperluan bagi membantu pesakit ketika mandi dan berubat untuk menggunakan katil sedemikian.

“Allah membuka jalan kepada kita untuk beramal dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah membantu orang sakit dengan menyediakan kelengkapan mereka. Kita hanya menjadi perantara sahaja,” kata Ahli Jawatankuasa LKK PAS Lumut, Zaharah Husin.

Katil pesakit ini telah diserahkan kepada beberapa pesakit  Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Hamidun Ahmad yang juga merupakan Setiusaha PAS Lumut.

“Keadaan pesakit amat memerlukan perhatian dan cakna dari masyarakat semua.

“Menjadi tanggungjawab orang Islam, jiran tetangga serta komuniti setempat di dalam Daerah Manjung untuk mengetahui keadaan jiran yang memerlukan perhatian kita,” ujar Hamidun. – HARAKAHDAILY 26/7/2020

- Advertisement -