MAT Muslimat Lipis suntik siap siaga PRU

- Advertisement -

LIPIS: Dewan Muslimat PAS Kawasan Lipis telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-32 setelah tertangguh berikutan pada majlis yang dilangsungkan di Kuala Lipis, di sini semalam.

- Advertisement -

Majlis turut dihadiri Yang DiPertua PAS Lipis, Roslan Zainal Ahmadi dan pemimpin PAS Lipis ini telah dirasmikan oleh Ketua Muslimat PAS Negeri Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor merangkap Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia.

Dalam ucapan perasmian, beliau merungkai kebimbangan sesetengah dari ahli terhadap kedudukan PAS dalam Maufakat Nasional (MN) disebabkan belum lagi diberi peluang sebagai calon di dalam beberapa PRK yang terbaharu.

Beliau menegaskan ahli PAS sepatutnya bersyukur dengan pembentukan Perikatan Nasional (PN) yang turut didukung parti-parti lain bagi memelihara agama dan politik orang Islam.

Beliau juga menasihatkan supaya jentera pilihan raya di peringkat Kawasan, DUN dan Cawangan dipenuhi dan pemimpin-pemimpin hendaklah bersedia menjalankan tugas yang diamanahkan.

Beliau turut mengharapkan agar ahli-ahli meningkatkan ibadah seperti solat malam untuk membina kekuatan dalam menghadapi pelbagai mehnah perjuangan siyasah. – HARAKAHDAILY 26/7/2020

- Advertisement -