Covid-19: 23 kes baharu hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR:Sebanyak 17 kes sudah sembuh dari jangkitan Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,594 atau 96.74 daripada keseluruhan kes.

- Advertisement -

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 23 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,884 keseluruhan kes. 

“Daripada 23 kes tersebut, 17 kes merupakan penularan tempatan yang melibatkan 10 kes adalah warganegara Malaysia dan tujuh kes adalah warga asing.

“Enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Demikian itu, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 167 kes.

Hingga kini, ada tiga kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)dan dua kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 123 atau 1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.- HARAKAHDAILY 25/7/2020

- Advertisement -