Manfaatkan 10 hari pertama Zulhijjah

Zulhijjah
- Advertisement -

AL-BUKHARI meriwayatkan sebuah Hadis daripada Ibnu Abbas R.A, daripada Nabi S.A.W, Baginda bersabda:

- Advertisement -

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

“Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini – Baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah – . “Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

(Riwayat al-Bukhari (969), Abu Daud (2438), Ibn Majah (1727), al-Tirmizi (757))

Hadis ini memberitahu kita mengenai keistimewaan bulan Zulhijjah dan ganjaran lumayan buat mereka yang meningkatkan amalan soleh pada sepuluh hari terawalnya.

Antara amalan soleh yang boleh dilakukan adalah memperbanyakkan bacaan al-Quran, melazimi lidah dengan zikrullah tasbih, tahlil dan tahmid, bertaubat dari dosa, bersedekah, berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa, melakukan ibadat korban dan banyak lagi.

Walaupun semua amalan ini boleh dilakukan bila-bila masa sahaja, namun marilah kita memanfaatkan tawaran yang dijanjikan oleh Allah S.W.T ini dengan menambahkan apa saja amal ibadah hanya keranaNya.

Justeru, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengajak seluruh umat Islam di Malaysia khususnya untuk menyahut seruan Baginda Rasulullah S.A.W ini, moga-moga kita semua menjadi hamba Allah yang dicintai dan diredaiNya.

Amin.

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 24/7/2020

- Advertisement -