Kelantan dapat manfaat perubahan kerajaan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Perubahan kepimpinan negara daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) pada awal Mac lepas memberi kesan positif terhadap pembangunan Kelantan.

- Advertisement -

Pengarah Pusat Kajian Strategik (PKS) Dr Wan Nik Wan Yusoff berkata, Kelantan terpinggir kerana perbezaan politik antara negeri dan pusat.

Katanya, perbezaan yang berlaku itu menyebabkan Kelantan terpinggir dalam tempoh begitu lama mencakupi pelbagai aspek.

“Bagaimanapun sekarang Kelantan sudah jadi sebahagian daripada kerajaan pusat, dari sudut federalisma masalah yang berlaku sebelum ini kita yakin dapat diselesaikan dengan baik.

“Jadi PKS akan membuat kajian mengenai perkara itu bagi mendapat pandangan pelbagai pihak terhadap perubahan politik yang berlaku itu,” katanya di sini.- HARAKAHDAILY 24/7/2020

- Advertisement -