Covid-19: 21 kes baharu dicatatkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR:Sebanyak tiga kes sudah sembuh dari jangkitan Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,577 atau 96.79 daripada keseluruhan kes.

- Advertisement -

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 21 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,861 keseluruhan kes. 

“Daripada 21 kes tersebut, 16 kes merupakan penularan tempatan yang melibatkan 13 kes adalah warganegara Malaysia dan tiga kes adalah warga asing.

“Lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Demikian itu, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 161 kes.

Hingga kini, ada lima kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)dan dua kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 123 atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.- HARAKAHDAILY 24/7/2020

- Advertisement -