Ziarah Cakna Muslimat santuni warga Kulai

- Advertisement -

KULAI: Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kulai telah mengadakan Ziarah Cakna menyantuni dua pesakit di Jalan Jati, Bandar Putra, di sini semalam.

- Advertisement -

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan sumbangan kepada kedua wanita tersebut yang merupakan masing-masing pengidap kanser tulang kronik dan pesakit kegagalan ginjal.

Inisiatif ini dipimpin Ketua Muslimat PAS Kulai, Zainab Ismail bersama Pengerusi Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Kulai, Juraiha Anang dan Ahli Jawatankuasanya Kamariah Hairani, Siti Raihana Zulkiply dan Amirah Azman.

Aktiviti yang diadakan secara berkala setiap bulan ini untuk memberikan sumbangan bersasar kepada penduduk sekitar yang tidak sihat dan tidak mampu dalam menjalani kehidupan seharian.

“Usaha ini sebenarnya didukung oleh penyumbang yang diharap teruslah menyumbang bagi keperluan membantu golongan yang memerlukan.

“Semoga Allah meringankan beban mereka dan Allah jauhi kita semua daripada penyakit dan musibah,” ujar Zainab memaklumkan pihaknya hanya menyampaikan amanah penderma. – HARAKAHDAILY 23/7/2020

- Advertisement -