Rancang bina bot nelayan teknologi tinggi

- Advertisement -

SATU pertemuan telah diatur di antara saya dan syarikat Rimcrust pada tengah hari semalam yang telah membawa satu cadangan pembinaan bot nelayan berteknologi tinggi.

Ini merupakan perbincangan lanjut selepas pertemuan pertama yang diadakan pada bulan Jun yang lalu. Saya telah meminta kertas cadangan dari Rimcrust ditambah baik sebelum ini dan semalam saya telah ditunjukkan sebuah video penerangan mengenai pembuatan bot nelayan tersebut serta teknologi yang digunapakai.

- Advertisement -

Secara umumnya, saya melihat cadangan pengeluaran bot nelayan teknologi baharu ini akan memacu industri perikanan kita ke tahap yang lebih maju dengan pulangan hasil yang berlipat kali ganda.

Kita boleh memanjangkan lagi penggunaan bot nelayan ini kepada Jabatan Perikanan di bawah Kementerian Pertanian. Ini adalah satu peluang keemasan kepada para lepasan Institut Latihan Perikanan untuk memperkasa bidang perikanan dengan menggunapakai teknologi baharu yang ada pada bot nelayan tersebut.

Semoga ianya memberi impak yang besar kepada nelayan-nelayan kita khususnya di Pantai Timur.

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – HARAKAHDAILY 23/7/2020

- Advertisement -