Projek mega K’jaan DAP diheret ke Lembaga Rayuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bantahan terhadap projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) telah dicadangkan untuk dibawa ke pertimbangan lanjut Jabatan Peguam Negara, demikian maklum Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

- Advertisement -

Maklum beliau, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menerima notis rayuan bertarikh 29 Julai 2019 daripada Zakaria Ismail, selaku mewakili 185 nelayan Sungai Batu melalui surat daripada Tetuan Thevalingam bertarikh 1 Ogos 2019.

“Perkara ini selaras dengan Seksyen 35 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Apabila seseorang terkilan dengan apa-apa keputusan Ketua Pengarah di bawah Seksyen (3) dan (4) Seksyen 34A (Laporan EIA) boleh merayu kepada Lembaga Rayuan.

“Lembaga Rayuan boleh, selepas mendengar Ketua Pengarah dan perayu-perayu itu, membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut. Di bawah Seksyen 36, Ahli Lembaga Rayuan telah dicadangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan lanjut,” ujarnya.

Dato’ Tuan Ibrahim (PAS-Kubang Kerian) menjawab soalan tambahan yang terdahulu mengemukakan jawapan kepada pertanyaan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) dan Ustaz Sabri Azit (PAS-Jerai) berhubung status PSR pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini sebentar tadi.

Setakat ini tegasnya, penggerak projek tidak boleh memulakan sebarang kerja di tapak sehingga Laporan Pelan Pengurusan Persekitaran (EMP) diluluskan JAS di mana EMP merupakan salah satu syarat utama berkaitan projek. – HARAKAHDAILY 23/7/2020

- Advertisement -