TH: Berani kerana benar – GENERASI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Berani kerana benar, takut kerana salah!” Itulah yang diucapkan oleh Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI), Ustaz Roslan Md Esa susulan polemik yang melanda Tabung Haji (TH).

Jelasnya, sebarang isu yang berkaitan dengan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, kezaliman, dan ketidakadilan mesti diselesaikan.

- Advertisement -

“Sebab itu, dalam kes yang menyebabkan penyelewengan aset Tabung Haji ini, kita mestilah bawa ke muka pengadilan. Kita tidak boleh berdiam diri.

“Sesiapa yang terlibat sehingga aset-aset ini disalahgunakan ataupun ia disalah urus tadbir, salah laku dan sebagainya, mereka mesti dibawa ke muka pengadilan,” tegasnya ketika dihubungi HarakahDaily, hari ini.

Beliau menambah, aset tersebut seharusnya dijaga dan dilindungi dengan sebaiknya kerana ia bersesuaian dengan visi TH itu sendiri, ‘Tonggak Kejayaan Ekonomi Ummah; Pengurusan Haji Terbilang’.

Justeru, beliau mahukan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mendedahkan agenda keji pengurusan TH yang terdahulu.

“Sepatutnya ia (TH) dipelihara dan lebih dijaga bagi memberi jaminan kepada rakyat khususnya umat Islam bahawa harta mereka terpelihara.

“Sebab itu jika ada isu penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, maka saya nampak jalan yang terbaiknya ialah tubuhkan jawatankuasa khas untuk siasat Tabung Haji,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 22/7/2020

- Advertisement -