STEM: Usaha tarik minat anak muda

Che Alias Hamid
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mempertingkatkan usaha dalam menarik minat golongan muda terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid berkata, usaha tersebut sudah bermula di peringkat sekolah sehingga kepada meneroka peluang pekerjaan baharu bagi menarik golongan muda menceburi bidang berasaskan teknologi itu.

- Advertisement -

“Pendekatan pembelajaran dan pengajaran (P&P) berasaskan kepada Pembelajaran Sains Secara Inkuiri (IBSE) serta latihan dan kursus pemantapan kepada guru-guru melalui Program Duta Guru perlu terus digembleng.

“Ini bertujuan bagi menghasilkan proses P&P yang berkesan dan berpandukan kepada pembangunan kreativiti,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Namun katanya, aspek penyediaan peluang kerjaya yang bersesuaian termasuklah program-program keusahawanan perlu digerakkan secara bersepadu bagi menangani permasalahan semasa yang berlaku.

Jelas Che Alias, hal yang demikian turut berkait dengan kerjasama awam dan swasta, penyediaan tajaan serta latihan industri bagi menarik lebih ramai kelompok ‘untapped’ dalam kalangan orang muda di negara ini.

Justeru, beliau berkata wajarnya usaha-usaha sebegitu perlu terus dilaksanakan secara konsisten, tambahan lagi, langkah menarik golongan muda terhadap STEM juga perlu dijadikan tapak asas kepada dasar Sains, Teknologi dan Inovasi yang akan diteruskan pada masa akan datang.- HARAKAHDAILY 22/7/2020

- Advertisement -