Pertindihan hak milik diselesai kerajaan negeri

- Advertisement -

PADANG TERAP: Kerajaan Kedah komited menyelesaikan masalah pertindihan pemilikan tanah yang melibatkan penduduk kampung dan sebuah syarikat di negeri berkenaan.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, masalah tersebut akan diselesaikan termasuk melalui kaedah perundangan untuk memastikan 400 pemilik dalam kalangan penduduk mendapat hak mereka kembali.

- Advertisement -

Katanya, penduduk kampung mencari nafkah hidup dengan mengusahakan tanah.

“Orang yang sudah kaya dan hidup senang wajar memberi peluang kepada mereka (penduduk kampung) mengecapi sedikit kesenangan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco di Pejabat Daerah Padang Terap hari ini.

Menurutnya penduduk kampung berkenaan tinggal di tanah berkenaan lebih 30 tahun sehingga generasi kedua dan ketiga.

Beliau juga berkata, isu terbabit diketengahkan Adun Kuala Nerang Yusoff Zakaria selepas menerima aduan penduduk yang terlibat.

“Wakil rakyat terbabit membawa wakil penduduk ke pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman bagi mengetengahkan masalah terbabit,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 22/7/2020

- Advertisement -