Muslimat Bentong bantu mangsa banjir di Lipis

- Advertisement -

KUALA LIPIS: Muslimat PAS Kawasan Bentong telah bersama mencurahkan keringat dengan turun menyantuni dan membantu mangsa-mangsa banjir di Kampung Chegar Perah dan Aur Gading, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Delegasi dipimpin Ketua Muslimat PAS Bentong, Roslin Jidin ini telah disambut Ketua Muslimat PAS Kawasan Kuala Lipis, Siti Khatijah Abdul Jamal dan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Kuala Lipis.

Sekitar 500 penduduk menjadi mangsa banjir dalam kejadian banjir kilat yang berlarutan sejak 14 Julai lalu berpunca dari limpahan Sungai Bahamah dan Sungai Merapoh ke Sungai Tanum dari hujan lebat.

Misi musa’adah ini bukan sahaja menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban ditanggung mangsa, tetapi juga meluaskan amalan takaful membantu saudara yang ditimpa ujian oleh pihak berkemampuan.

Yang DiPertua PAS Kuala Lipis, Roslan Zainal Al-Ahmadi turut memuji kesungguhan membantu yang diinisiatifkan Muslimat PAS Bentong itu di mana datang dari jauh semata-mata menzahirkan sokongan.

Sebelum itu, semua mangsa telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Chegar Perah dan SK Balora Alor Gading.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berangkat mencemar duli melakukan lawatan ke atas mangsa di PPS SK Chegar Perah. – HARAKAHDAILY 22/7/2020

- Advertisement -