Covid-19: 16 kes positif hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak empat kes sudah sembuh dari jangkitan Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,566 daripada keseluruhan kes.

- Advertisement -

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 16 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,831 keseluruhan kes.

“Daripada 16 kes tersebut, lapan kes merupakan penularan tempatan yang melibatkan tujuh kes adalah warganegara Malaysia dan satu kes adalah warga asing.

“Lapan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Demikian itu, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 142 kes.

Hingga kini, ada lima kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 123 atau 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.- HARAKAHDAILY 22/7/202

- Advertisement -