Bantuan kerajaan ringan beban penternak ikan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Penternak ikan kelah di Kampung Lepan Jaya Gua Musang mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM300,000 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ikan tidak dapat dipasar.

Mohd Shamsul Sapari berkata, sebanyak 500 induk ikan kelah mati ekoran terlalu padat dalam kolam sehingga kekurangan bekalan oksigen.

- Advertisement -

Katanya keadaan itu berlaku kerana ikan yang sudah matang tidak dapat dipasarkan ekoran PKP.

“PKP menyebabkan saya sukar untuk pasarkan ikan. Namun nasib baik kerajaan negeri membantu memasarkan melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan.

“Sekiranyya perbadanan terbabit tidak membantu sudah tentu lebih banyak kerugian yang terpaksa saya tanggung,” katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan kerajaan negeri di sini semalam.

Sebelum itu beliau menerima bantuan pasca Covid-19 disampaikan anggota Exco kerajaan negeri Ustaz Mohd Tuan Saripudin Tuan Ismail.

Ketika pelaksanaan PKP Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan menyalurkan bantuan melalui pembelian hasil penternakan dan pertanian.

Sebanyak RM155,746 dibelanjakan bagi memberi bantuan kepada pengusaha pertanian, penternakan dan perikanan yang berdepan masalah pemasaran ketika PKP.- HARAKAHDAILY 22/7/2020

- Advertisement -