PKS rancakkan ekonomi negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pertanian dan lndustri Makanan Malaysia (MAFI), Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata peranan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) semakin penting dalam merencanakan masa depan ekonomi negara.

Menurut beliau kementeriannya tidak terkecuali memastikan segala usaha dan inisiatif menjayakan matlamat kerajaan Malaysia sebagai Negara Keusahawanan Unggul menjelang 2030 akan terus dilaksanakan.

- Advertisement -

Selain itu katanya, MAFI juga kini giat merangka Dasar Sekuriti Makanan Negara yang lebih holistik dan mampan khususnya kepada agropreneur.

“Dasar ini kelak akan melengkapi Dasar Agro makanan 2.0 selaras dengan aspirasi kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, Wawasan Kemakmuran Bersama dan Sustainable Development Goals,” katanya dalam majlis Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2020 anjuran NiagaTimes.com, di Hotel Shangri-La di sini, hari ini.

Anugerah tersebut bukan sahaja untuk meraikan kecemerlangan syarikat PKS dari pelbagai latar termasuk industri pertanian dan makanan, malah untuk menghargai segala usaha yang telah diberikan kepada pembangunan ekonomi negara.

Sementara itu, terdapat sebanyak 10 kategori anugerah dan 30 syarikat serta individu yang menerima anugerah.

Antara kategori anugerah termasuklah Ikon Usahawan Malaysia, Usahawan Cemerlang, Wanita Dalam Perniagaan dan banyak lagi. – HARAKAHDAILY 21/7/2020

- Advertisement -