Pertemuan rasmi PAS, Umno, BERSATU – Dr Samsuri

- Advertisement -

BESUT: Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan akan ada berbincangan secara formal dengan tiga parti dalam Perikatan Nasional (PN).

Katanya, pertemuan akan turut membincangkan berkaitan kerusi pilihan raya antara PAS, Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau Bersatu.

“Malam ini tak ada meeting (pertemuan), malam esok baru ada meeting di Kuala Lumpur. Pertemuan tiga parti. Akan dibincangkan kerusi dan segala persiapan berkat pilihan rayalah.

“Pihak PAS diketuai saya selaku Naib Presiden dan daripada parti lain, parti lainlah,” ujarnya ketika diminta mengulas mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Perikatan Nasional.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Perumahan Mampu Milik dan Bercampur dan Melancarkan Rumah Patuh Syariah, Rumah Darul Iman (Rahman) di Dendong, Tembila, Besut, semalam.

Kata Dato’ Seri Dr Samsuri, pertemuan tiga parti itu akan diadakan di ibu negara Kuala Lumpur tetapi tidak menyatakan lokasinya.

Namun, katanya selepas pertemuan itu pihak media akan dimaklumkan juga oleh pimpinan Perikatan Nasional.

“Selepas selesai perbincangan nanti, kita akan panggil media juga, kita maklum. Biar tenang, aman dahulu sebelum kami bermesyuarat,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 21/7/2020

- Advertisement -
- Advertisement -