HalWa bantu ibu tunggal isi borang BKIT

- Advertisement -

TAIPING: Melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan telah memberi peruntukan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) yang dikelolai oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat secara one off kepada ibu tunggal berkelayakan.

- Advertisement -

Sehubungan dengan itu, HalWa dengan kerjasama Lajnah IT Dewan Muslimat PAS Kawasan Taiping telah menganjurkan program khidmat masyarakat bagi memberi panduan dan taklimat kepada golongan ibu tunggal sekitar Kamunting yang layak memohon bantuan khas tersebut.

Lebih kurang 50 ibu tunggal hadir ke program ini telah dibantu oleh Lajnah IT bagi mengisi borang permohonan secara atas talian sekali gus membuat semakan dokumen sokongan yang diperlukan bagi melayakkan memohon bantuan khas itu.

Program yang dijalankan di Balai Islam Kampung Jana, Kamunting, di sini turut dihadiri Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Taiping, Ibrahim Ismail dan Ketua Dewan Muslimat PAS Taiping, Norhanim Mohd Zain.

Juga Pengarah Pilihan Raya HalWa Taiping, Rahimah Hashim dan jentera penggerak pilihan raya dari UPU berhampiran.

“Program sebegini wajar diadakan kerana ramai dalam kalangan ibu tunggal tidak tahu saluran untuk memohon bantuan khas ini dan tidak ketinggalan yang kurang mahir dalam melayari internet bagi medapat info mengenainya,” kata Rahimah.

Program yang bermula jam 9:30 pagi dan berakhir jam 1:00 petang telah berlangsung dengan jayanya. – HARAKAHDAILY 21/7/2020

- Advertisement -