Covid-19: Patuhi SOP elak pertambahan kes baharu

Dato' Abdul Fattah Mahmood menyampaikan bantuan armalah, Skim Kifaalah, OKU, pesakit kronik dan skim beras al Itaam.
- Advertisement -

TANAH MERAH: Orang ramai perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan pertambahan kes baharu Covid-19.

Timbalan Speaker DUN Kelantan, Dato’ Abdul Fattah Mahmood berkata, pelitup muka perlu dipakai sekiranya berada di tempat awam.

- Advertisement -

Selain itu katanya, perlu diamalkan amalan membasuh tangan dengan menggunakan cecair pembasmi kuman.

“Saya juga nasihatkan supaya tidak membawa anak-anak ke tempat awam sama ada pasar raya, pasar malam dan sebagainya bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya pada majlis penyampaian bantuan armalah, Skim Kifaalah, OKU, pesakit kronik dan skim beras al Itaam.

Seramai 400 penduduk menerima pelbagai kategori bantuan berkenaan di sini hari ini.

Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata, kerajaan menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Menurutnya perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan berkaitan dimuktamadkan kerajaan.- HARAKAHDAILY 21/7/2020

- Advertisement -