Ustaz Nasrudin mulakan tugas YDP YADIM

Ustaz Nasrudin Hassan memulakan tugas sebagai Yang Dipertuan Yadim yang baharu hari ini. Sumber Foto: Facebook Yadim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Ustaz Nasrudin Hassan hari ini memulakan tugasnya selaku YDP Yadim yang baharu menggantikan Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah-Pengarah Kanan Yadim sebelum dibawa ke bilik latihan untuk majlis sambutan rasmi.

- Advertisement -

Dalam ucapan alu-aluan, Ustaz Nasrudin menegaskan bahawa tanggungjawab yang dipikulnya sebagai peneraju sebuah badan dakwah utama di negara ini adalah amat berat.

Justeru, beliau meminta kerjasama erat antara kakitangan amat diperlukan untuk menjayakan misi dan visi yayasan dakwah itu.

Katanya, usaha dakwah sentiasa memerlukan perubahan dan penambahbaikan sejajar dengan keadaan semasa yang sentiasa berubah.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan Yadim terdahulu di atas usaha dan pencapaian yang telah dicapai.

Nasruddin dilantik sebagai Yang Dipertua Yadim ke-14 berkuat kuasa 16 Julai lalu menggantikan Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz.- HARAKAHDAILY 20/7/2020

- Advertisement -