Jatuhkan musuh tapi bukan dengan jalan mungkar

- Advertisement -

PASIR SALAK: Politik Islam akan tertegak atas keruntuhan jahiliyah tanpa perlu melawannya dengan perkara mungkar, sebaliknya mesti menyerlahkan kebaikan sebagaimana teladan telah Rasulullah S.A.W qudwah kepada umatnya.

- Advertisement -

Penolong Setiausaha Muslimat PAS Negeri Perak, Hamisah Abas berkata, golongan kafir menghadap Baginda dengan pelbagai taktik termasuk rancangan membunuh dan menghancurkan Islam, namun Nabi tidak membalas dengan cara seperti mereka.

Terangnya, begitulah Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang bermatlamat meninggikan Islam bukannya sekadar mendapat kuasa politik di mana semua itu menuntut pendukung PAS melebarkan lagi usaha dakwah.

Beliau berucap demikian menyuntik para perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS Kawasan Pasir Salak pada majlis yang dilangsungkan di Dewan Haji Rais, Chenderong Balai, di sini semalam.

Beliau menyeru Muslimat agar bekerja keras sebagaimana penyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa realiti Malaysia memerlukan umat Islam memenangi kerusi Parlimen sebanyak-banyaknya.

Hal tersebut jelas beliau dari penyataan itu supaya hukum-hakam Islam dapat dipelihara dengan semua ahli bersatu dalam urusan agama yakni mendukung kerja perjuangan sehingga matlamat agama tercapai.

Beliau mengimbau betapa ujian perjuangan yang dilalui anggota PAS dalam kehidupannya dan penuh dengan ujian hatta musibah, telah Allah susulkan dengan kebahagian memberi amanah pemerintahan ketika ini.

Hal tersebut katanya, wajib disyukuri sebagaimana juga ketika Allah S.W.T memberikan musibah COVID-19 di seluruh dunia, tetapi Allah memberikan hadiah dengan tumbangnya Pakatan Harapan dan tertegaknya Kerajaan Perikatan Nasional.

Sehubungan itu beliau mahu Jentera 12,000 (J12K) Muslimat agar bersedia menghadapi pilihan raya yang bakal berlaku dengan kekuatan dalaman yakni mengikat hubungan dengan Allah agar jihad diri mampu menaikkan syiar Islam.

Peringatnya juga kepentingan wala’ kepada jamaah menjadi racun berbisa kepada musuh yang sentiasa mahu memecahbelahkan serta pentingnya keikhlasan dan meningkatkan hubungan dengan Allah. – HARAKAHDAILY 20/7/2020

- Advertisement -