EXCO Perak santuni veteran tentera

- Advertisement -

SIMPANG PULAI: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Negeri, Razman Zakaria meluangkan masa menziarahi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kampung Serdang Permai dan di Taman Pulai Jaya, kelmarin.

- Advertisement -

Program ini diusahakan oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Perak di mana antara yang hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PVATM Perak, Mazlan Umar dan beberapa Ahli Jawatankuasanya yang lain.

Antara disantuni ialah balu seorang veteran ATM yang menghadapi strok, Mazanyah @ Maimon Mohd Said dan Kumar Paidathili yang ditimpa penyakit saraf di bahagian otak.

Dalam lawatan itu, Razman berkesempatan menasihati waris dan veteran tentera agar menghubungi pihak PVATM supaya mereka mendapat pembelaan atas sebarang permasalahan dihadapi.

“Ada di kalangan mereka ditimpa musibah dan ujian di pertengahan usia yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk mencari rezeki. Maka keringat disumbangkan oleh mereka suatu ketika dahulu perlu di ambil perhatian.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada PVATM Perak atas usaha murni ini. Saya harap lebih ramai veteran tentera yang bernasib dan berkeadaan seperti ini mendapat perhatian sewajarnya,” ujar Razman.

Sementara itu, Sarjan Kumar Paiathilly bekas tentera di 2 Brigade Jalan Hospital Ipoh yang bersara secara ‘Medical Board’ kerana ketumbuhan di kepala menzahirkan rasa terharu apabila menerima kunjungan Exco negeri Perak ini.

Program ziarah veteran tentera ini turut disertai oleh Ketua Srikandi PVATM Perak, Rohani Yusof dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM cawangan Perak, Mejar Hassanuddin Othman. – HARAKAHDAILY 18/7/2020

- Advertisement -