Ayuh semarakkan hari Jumaat dengan tulisan Jawi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyambut baik usaha kerajaan melalui pengumuman hari Jumaat sebagai hari Jawi pada 10 Julai lepas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Pengerusi Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi DMPM, Mardhiah Hayati Zolkeplai berkata hal ini membuktikan keseriusan kerajaan untuk memartabatkan tulisan jawi.

- Advertisement -

Usaha ini katanya, seharusnya disambut baik oleh semua pihak terutama parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional dan juga badan bukan kerajaan (NGO).

Justeru itu, ujarnya, DMPM melalui Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi mengajak dan menyeru khususnya kepada semua muslimat PAS untuk mengamalkan tulisan jawi pada hari Jumaat mulai daripada hari ini.

Mengulas lanjut katanya, dengan memuat naik hantaran di semua pentas media sosial menggunakan tulisan jawi bersama tanda pagar #harijumaatharijawi#jawi#dmpm.

Selain itu, kata Mardhiah, penghantaran mesej melalui aplikasi Whatsapp juga boleh dihantar dengan menggunakan tulisan jawi mulai hari ini dan diamalkan pada hari-hari Jumaat berikutnya.

“Saranan dan kempen ini sebagai usaha memperkenalkan tulisan jawi kepada orang bukan Islam dan juga kepada mereka yang belum pernah mengenali dan mengetahui tulisan dan ejaan jawi.

“InsyaAllah semoga usaha ini mendapat sambutan daripada pelbagai pihak dan dapat dijadikan sebagai kebiasaan baharu untuk kita semua,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/7/2020

- Advertisement -