Perundangan negara bukan untuk aktivis songsang

- Advertisement -

MENJADI aktivis adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam. Namun tidak semua aktivis digalakkan malahan ada aktivis yang ditegah dalam Islam! Aktivis bermaksud seseorang yang berkempen untuk membuat perubahan politik atau perubahan sosial. Maka dari definisi ianya adalah sesuatu yang bagus andai aktivis itu berkempen untuk sesuatu yang baik dan betul!

Aktivis yang digalakkan dalam Islam seperti aktivis alam sekitar, aktivis kesihatan mental, aktivis keselamatan jalan raya dan sebagainya. Jenis aktivis begini selari dengan ajaran Islam malahan Undang-undang Negara Malaysia.

Namun ada jenis aktivis yang ditegah seperti aktivis dadah, aktivis pelacuran, aktivis pedofilia, aktivis industri lucah dan sebagainya.

- Advertisement -

Abang Nisha Ayub (panggil abang sebab dia berusia 41 tahun) bertanya kepada sasarkan golongan sepertinya. Benar, abang Nisha Ayub adalah seorang aktivis dan golongan seperti anda menjadi sasaran kerana anda berkempen untuk sesuatu yang bertentangan dengan Undang-undang Negara serta agama Islam.

Kalau abang Nisha Ayub berkempen untuk keselamatan jalan raya atau kesihatan mental tak jadi masalah tetapi bila berkempen untuk sesuatu yang melanggar undang-undang dan agama Islam, maka apakah diharapkan anda tidak dikenakan tindakan?

Seolah-olah aktivis pelacuran bertanya kenapa mereka menjadi sasaran dan harap tidak dikenakan tindakan. Boleh saja tiada masalah tetapi di negara seperti Belanda yang membenarkannya.

Apakah Undang-undang Negara perlu memberikan persekitaran selamat untuk penculik, perompak atau aktivis songsang? Undang-undang perlu menakutkan mereka yang melanggar Undang-undang Negara agar merasa tidak selamat melakukan jenayah! Undang-undang perlu melindungi keselamatan majoriti dari penjenayah. Common sense bukan?

Kita rakyat Malaysia ada cara Malaysia yang penuh adab ketimuran. Majoriti rakyat belum bersedia menerima abang dipanggil kakak atau kakak dipanggil abang. Dari segi bahasa sudah tidak kena apatah lagi Rukun Negara yang mementingkan kedaulatan undang undang dan kesopanan dan kesusilaan. Harap maklum.

FIRDAUS WONG WAI HUNG 
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 16/7/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -