Gangguan bekalan air selesai lebih awal

- Advertisement -

BACHOK: Majlis Tindakan Air Jajahan (MTAJ) Bachok memberi jaminan mengenai gangguan bekalan air di jajahan itu akan dapat diselesaikan lebih awal.

Ahli Jawatankuasa MTAJ Bachok, Mohd Huzimy Che Husin berkata, sebelum ini tempoh gangguan bekalan air yang diberitahu Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) selama 10 hari.

- Advertisement -

Katanya tempoh sebenar dijangka tidak sampai 10 hari selepas kerja-kerja membaik tangki sedang giat dilakukan kontraktor AKSB.

“Berdasar laporan AKSB kami berpuas hati terhadap kerja-kerja dilakukan dan tidak lama lagi kita boleh mendapat bekalan air yang lebih baik.

“Jadi kami minta pengguna yang terlibat dengan gangguan itu bersabar,” katanya yang juga Adun Pantai Irama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau kerja-kerja membaiki tangki chemiless di Loji Rawatan Air Kampung Chap di sini hari ini.

Turut hadir Jurutera Operasi Loji Ezze Ezani; Pengurus Hal Ehwal Pelanggan AKSB Wan Yusni Azyanti Wan Jusoh dan Jurutera Jajahan AKSB Bachok Muhamad Alif Aiman Abdul Rahim.

AKSB sebelum ini mengeluarkan notis mengenai gangguan bekalan air di jajahan Bachok bermula 13 hingga 22 Julai yang melibatkan sebanyak 6,025 akaun pengguna.- HARAKAHDAILY 15/7/2020

- Advertisement -