ADUN beri kesedaran faedah mencarum Perkeso

- Advertisement -

KOTA BHARU: Wakil rakyat disaran turut memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya yang bekerja sendiri mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, orang ramai perlu diberi kesedaran mengenai manfaat mencarum dengan Perkeso.

- Advertisement -

Katanya, bukan hanya membeli polisi insurans sahaja sebagai perlindungan diri.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya membantu ketika berhadapan musibah, sebaliknya Perkeso memberi manfaat lain pula.

“Wakil rakyat boleh memainkan peranan bertanya rakyat yang mereka ziarah sama ada mempunyai caruman Perkeso atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian taklimat khas Kebajikan dan Perlindungan Perkeso di Dewan Teratai Kompleks Kota Darulnaim semalam.

Turut hadir Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob.- HARAKAHDAILY 14/7/2020

- Advertisement -