Pengangguran meningkat angkara Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pandemik Covid-19 merupakan punca penyebab kadar peratusan pengangguran meningkat di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

- Advertisement -

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat pagi tadi berkata, kadar pengangguran yang diunjurkan (Jabatan Perangkaan Malaysia) ialah lebih kurang lima peratus iaitu 720,000 dan akhir tahun boleh meningkat sehingga 860,000 bilangan.

Ujarnya menjawab pertanyaan Dato’ Seri Ahmad Shafie Apdal (Warisan-Semporna), berhubung kadar pengangguran yang ada di Malaysia.

Sementara itu, jelas Muhyiddin ia bukan sesuatu yang mengembirakan pihaknya.

Namun katanya, persoalan penting apa yang harus dilakukan untuk ia tidak terus merosot.

“Sebab itu segala bentuk bantuan-bantuan stimulasi antara lain contohnya subsidi upah yang kita sediakan atau moratorium telah diberikan kepada syarikat-syarikat yang berjumlah 100 billion yang diperuntukkan oleh bank-bank dalam negara.

“Semua sudah diberikan sedikit wang kepada syarikat-syarikat, pengusaha dan juga mereka yang terlibat dalam perniagaan untuk memberikan pekerjaan atau memastikan tiada pertambahan pengangguran.

“Inilah insentif yang sudahpun kita mulakan dan akan diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya pasaran buruk dijangka mula pulih semula pada akhir tahun ini.

Ia berikutan langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membolehkan pengoperasian sepenuhnya sektor perniagaan.- HARAKAHDAILY 13/7/2020

- Advertisement -