Kesihatan mental pasca Covid-19 membimbangkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Prihatin dengan kesihatan mental rakyat Malaysia pasca pandemik Covid-19, Ahli Parlimen Bachok (PAS), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mempersoalkan sejauh mana kerajaan Malaysia melalui kerjasama antarabangsa membincangkan hal tersebut.

- Advertisement -

Katanya, semua pihak menyedari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pertengahan Mac lalu secara halus telah memberi tekanan kepada kesihatan mental, namun beliau ingin tahu sejauh mana perkara tersebut dibincangkan bersama negara serantau yang lain.

“Kita sedar bagaimana tindakan seluruh negara mengekang pergerakan rakyat sepanjang memerangi Covid-19 ini telah sebabkan tekanan mental, dan tekanan hidup yang tinggi boleh menjadi bencana kedua yang lebih bahaya.

“Jadi, sejauh mana isu ini dibangkitkan dan diberi perhatian dalam kerjsama global mahupun serantau yang melibatkan penglibatan khusus oleh Malaysia, dan apakah fokus utama yang diberikan mengenai isu ini?” soalnya ketika mengutarakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab persoalan tersebut, Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Adham Baba menjelaskan bahawa Malaysia telahpun membuat persiapan awal untuk menghadapi kecemasan awam seawal tahun lalu.

Katanya, Malaysia melalui Malaysia National Startegic Plan for Emergencing Disease (MySED) 2 Work Plan 2017-2012 telah bersedia untuk menghadapi situasi membabitkan kecemasan awam termasuk kesihatan mental.

Inisiatif itu kata Ahli Parlimen Tenggara (BN-Umno), akan menghubungkan petugas-petugas kesihatan sektor awam bagi menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat.

Malah, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga memberi sokongan penuh dalam membantu kerajaan menangani masalah ini.- HARAKAHDAILY 13/7/2020

- Advertisement -