Ekonomi Malaysia dijangka berkembang suku ke-3, ke-4

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia telah berkembang sebanyak 0.7 peratus pada suku pertama tahun 2020 iaitu lebih baik daripada jangkaan kebanyakan pakar ekononi meskipun berhadapan dengan persekitaran ekonomi dan perdagangan global yang mencabar.

- Advertisement -

Demikian kata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang, untuk menyatakan kedudukan ekonomi semasa, prestasi pertumbuhan ekonomi negara dan kadar pengangguran masa kini, di Dewan Rakyat Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, pertumbuhan perlahan ini berikutan aktiviti ekonomi yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama bermula 18 Mac 2020 bagi mengawal penularan Covid-19.

“Suku kedua mengalami pengucupan yang ketara selari dengan perkembangan ekonomi global dan serantau, namun demikian kadar pertumbuhan ekonomi suku ketiga dan suku keempat tahun 2020 dijangka akan bertambah baik, selaras dengan pembukaan semula sektor-sektor ekonomi.

“Langkah pemulihan ekonomi yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan juga dijangka dapat mengukuhkan kembali pertumbuhan ekonomi pada separuh kedua tahun 2020,” kata beliau.

Sementara itu katanya, dalam usaha menangani kadar pengangguran yang semakin meningkat, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak hampir 15 bilion ringgit melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk membantu hampir 3.3 juta rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Tambah beliau, antara inisiatif yang diperkenalkan tersebut adalah seperti program subsidi upah, program insatif pengambilan pekerja dan bantuan latihan.

Selain itu, kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dalam proses penyedian plan pemulihan ekonomi bagi jangka panjang yang akan dibentangkan pada Oktober 2020.

Antara lain ia juga akan memberikan tumpuan pada penambahbaikan dalam pasaran buruh, reformasi institusi awam dan kerangka tadbir urus untuk pelaksanaan dan revolusi perindustrian ke empat, di samping pelbagai langkah akan diperkenalkan dalam bajet 2021 pada 6 November 2020.

Malah, kerajaan juga sedang merangka pelbagai dasar dan strategi khusus untuk mengukuhkan semula ekonomi dan menagangi ketidakseimbangan pembangunan sosial ekonomi dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) yang akan dibentangkan pada awal 2021.

Sebelum itu beliau berkata, kerajaan juga telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) benilai RM250 bilion pada 27 mac 2020, bagi merangsang ekonomi bagi membantu rakyat dan menggalakan aktiviti ekonomi domestik.

Pakej Rangsangan Ekonom Prihatin Rakyat tambahan pada 6 april 2020 bernilai RM10 bilion bagi menyokong kelangsungan perniagaan terutama Perusaha Kecil dan Sederhana (PKS) dan Plan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 jun 2020 bernilai RM35 bilion bertujuan untuk memulihkan dan menjana semula ekonomi negara dalam jangka masa pendek.

Dalam pada itu katanya, Jabatan Perangka Malaysia mengunjurkan kadar pengangguran adalah sebanyak 5.5 peratus atau 860,000 orang untuk tahun 2020.

Walaubagaimanapun beliau berkata, pasaran buruh dijangka mulai pulih pada akhir tahun ini, berikutan langkah kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan pemulihan membolehkan operasi perniagaan dibuka sepenuhnya pada 10 jun 2020.- HARAKAHDAILY 13/7/2020

- Advertisement -