Azhar teruja, mahu lihat kematangan Parlimen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat yang baharu, Datuk’ AZHAR Azizan Harun mengucapkan terima kasih kepada bekas Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof yang merupakan pensyarahnya atas khidmat bekas speaker itu sebelum ini.

- Advertisement -

Azhar Azizan berkata, beliau akan meneliti reformasi institusi Parlimen dan akan meneruskan inisiatif reformasi yang sesuai dengan perancangan yang lebih rapi serta akan menambah baik segala yang didapati perlu.

Sambil menyatakan keterujaannya, beliau berkata pembaharuan dilaksanakan terutama pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas membuktikan iltizam semua pihak ke arah memartabatkan kedudukan Parlimen.

“Saya mahu melihat kematangan dalam sesi Dewan yang mulia ini dan saya berterima kasih kepada yang membantu saya melancarkan sidang Dewan yang mulia.

“Terima kasih atas kerjasama yang diberikan setakat ini dan saya akan terus berada secara adil di kamar ini,” katanya dalam kenyataan pertama selepas menggalas jawatan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat- HARAKAHDAILY 13/7/2020

- Advertisement -