Waspada sindiket bayaran cukai – LHDN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan yang mengarahkan mangsa membuat bayaran tertunggak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melalui surat palsu dengan menggunakan nama dan logo LHDN.

- Advertisement -

LHDN dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa surat palsu itu mengandungi butiran peribadi mangsa termasuk maklumat perbankan dan amaun cukai tertunggak yang perlu dibayar serta dilengkapi dengan tandatangan palsu pegawai LHDN.

Menurut LHDN orang ramai boleh mengenalpasti surat palsu itu dengan mudah kerana perihal SST adalah dikendalikan oleh agensi lain dan bukannya di bawah LHDN.

“LHDN memandang serius terhadap perkara ini dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan dengan mendapatkan pengesahan daripada LHDNM terlebih dahulu.

“Sebarang bayaran cukai juga hendaklah dibuat terus ke akaun LHDN dan bukannya melalui akaun peribadi individu mahupun pihak ketiga,” menurut kenyataan itu.

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai juga boleh melayari portal rasmi LHDNM di http://www.hasil.gov.my dan pertanyaan serta maklum balas berkaitan perkara ini juga boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara) dan media sosial rasmi LHDN. – BERNAMA 

- Advertisement -