KUALA LUMPUR: PAS Selangor menerima kunjungan daripada Parti Ikatan Bangsa Malaysia Negeri Selangor di Pejabat Perhubungan PAS Selangor di Shah Alam, malam tadi.
Pertemuan mahabbah delegasi Parti Ikatan Selangor dipengerusikan oleh Tuan Nik Marhalim Dato Mohd Bakri menggantikan Almarhum Datuk Seri Mohd Badri Abdul Rahman yang meninggal dunia pada Mei tahun lepas.
Turut hadir di dalam pertemuan tersebut ialah Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Tertinggi peringkat negeri Selangor.
Manakala, wakil daripada PAS Selangor diketuai oleh Pesuruhjaya Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ahli Jawatankuasa Harian.
Terdahulu, PAS dan Parti Ikatan Selangor bekerjasama untuk memeterai Gagasan Sejahtera malah pertemuan kali ini untuk memperkukuhkannya lagi.
Malah, langkah seiringan ini menjadi satu ketumbukan yang ampuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) pada akan datang.
Terdahulu, Selangor yang bertanding tiga kerusi pada PRU yang lepas diwakili Datuk David Sew Kah Heng, DUN Bukit Gasing, G S Santokh Singh wakil DUN Pandamaran dan DUN Kinrara diwakili oleh Datuk Jonathan Lim Ying Ran.
Sehubungan dengan itu, pertemuan yang melibatkan mantan-mantan calon Parti Ikatan yang bertanding atas tiket PAS berkongsikan pengalaman sekaligus merancakkan lagi pertemuan tersebut.- HARAKAHDAILY 11/7/2020