DACS Gombak berbasikal ‘tawan’ Putrajaya

- Advertisement -

GOMBAK: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Kawasan Gombak telah menganjurkan aktiviti sukan berbasikal di sekitar Putrajaya, malam tadi.

- Advertisement -

Aktiviti ini sebagai usaha untuk menggalakkan budaya hidup sihat dalam kalangan Pemuda Gombak dan telah dihadiri lebih daripada 20 orang peserta.

Menurut Pengerusi DACS Gombak, Mohd Afif Abd Aziz, Putrajaya dipilih kerana ianya merupakan lokasi porpular kepada para peminat berbasikal untuk membuat kayuhan di celahan bangunan pentadbiran kerajaan.

Sepanjang 14 kilometer telah diharungi di mana acara turut disertai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Halim dan Timbalan Pengarah DACS Malaysia, Muhammad Fadzli Bakar.

Turut sama adalah Ketua Urusan Ulamak PAS Gombak, Ustaz Imran Selamat dan Setiausaha Pemuda PAS Gombak, Mohd Abd Muhaimin Mahamaddin dan Bendahari Pemuda PAS Selangor, Ustaz Mohd Zuhdi Mat Piah.

Muhammad Fadzli Bakar dalam ucapannya berharap aktiviti seperti ini dapat digiatkan lagi di semua kawasan di Selangor, disamping menjadi wadah tarbiyah dan pengkaderan serta dakwah kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini.

Tazkirah ringkas juga disampaikan oleh Ustaz Syarhan yang menegaskan bahawa program seperti itu bukan setakat satu bentuk riadah tetapi salah satu usaha dakwah dan syiar kepada masyarakat di mana Islam sangat meraikan ummatnya bersukan namun perlu mengikut syariat.

Pemuda PAS Gombak sentiasa membuka keahlian baharu kepada mereka yang berminat menyertai PAS dengan menghubungi talian 013-664 9592 (Ustaz Muhaimin). – HARAKAHDAILY 11/7/2020

- Advertisement -