Teknologi pacu pertumbuhan Wilayah Pantai Timur

- Advertisement -

SAYA berkunjung bertemu YB Dato’ Sri Mustapha Mohamed, Menteri Kanan Hal Ehwal Ekonomi pagi tadi.

Dalam pertemuan ini saya menyatakan harapan agar pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama turut mengambil kira elemen penyerapan teknologi bagi memacu pertumbuhan wilayah seperti Pantai Timur Semenanjung. Secara khusus saya sempat membangkitkan perkara berikut:

- Advertisement -

(1) Keperluan Pasar Borong yang baru yang tersusun, moden. Saya cadangkan Naik Taraf Pasar Borong Gong Pauh.

(2) Rancangan penggantian kapal kapal usang APMM seluruh negara agar pembinaan di Limbungan di Kuala Terengganu untuk memangkin industri maritim di Pantai Timur Semenanjung seperti model pembangunan industri maritim di Lumut.

(3) Prasarana 5G perlu dilengkapkan untuk jayakan digitalization di Terengganu, cashless transaction, digital government.

(4) Pelabuhan Kemaman sebagai pintu masuk perdagangan Pantai Timur.

(5) Usaha pemodenan industri perikanan, pengenalan bot moden, teknologi tangkapan, remote sensing, kemudahan pembiayaan. Kemungkinan projek bot ikan nasional mengeluarkan secara skala ekonomi bot-bot komposit frp.

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – HARAKAHDAILY 9/7/2020

- Advertisement -